Ya Allah :')
Monday, 19 March 2012 . 20:24 . 0 love me


Jantung berdegup kencang, tangan menjadi beku seperti berada di Alaska, Amerika Syarikat yang luar garisannya 40 darjah latitud selatan dan 40 darjah latitud utara dan turut menguasai bibir yang menjadikannya tak mampu untuk berkata kata. Besarnya, ujian mu ya Allah, tidak jemu aku meminta pertolongan dari-Mu. Doa yang aku sampaikan dan juga segala usaha yang tidak putus putus aku lakukan hanya lah mahu Engkau makbulkan setiap persis kata kata yang keluar dari bibir ku yang semakin kaku untuk berkata kata dan tak berdaya lagi. Andai ditakdirkan aku jatuh buat kali ini ya Allah, aku redha. Kemungkinan kerana usaha yang aku lakukan dengan bersungguh sungguh selama ini tidak diberkati. Tetapi jika sebaliknya, aku bersyukur kerana Engkau telah memberi peluang kepada aku untuk terus tersenyum dimuka bumi Mu dan mencapai segala yang aku impikan unutk meneruskan hidup dengan restu Mu dan Ibu Bapaku. Besok adalah penentu hidupku, ya Allah. Aku hanya mampu berserah kepadamu setelah aku berusaha berhempas pulas untuk meraih keputusan yang dapat membanggakan kedua Ibu Bapaku kerana hanya Engkau sahaja tempat hambaMu yang kerdil untuk meminta pertolongan dari Mu. Sesungguhnya, Engkau sememangnya mempunyai kuasa magis yang tak mampu ditangini sesiapa. Kerana Engaku sudah mencatat segala liku hidup setiap hamba hambaMu. Dan sebagai hambaMu yang lemah, aku hanya mampu berusaha dari titik peluh ku untuk mendapatakan hasil yang terbaik yang mampu menjadikannya memoir yang paling indah dalam hidupku. Amin, amin ya rabbal alaminn :')








.
Author

Noor Syahirah Bt Ahamed
18Tahun
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
Senai, Johor Bharu
"I Just need Allah, family and you"





Shoutbox




My Lovely Followers

Lagu